MALAYSIA mensia-siakan peluang untuk mempamer kematangan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob apabila tidak menyertai sidang kemuncak demokrasi minggu lalu yang dihoskan Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, kata Ong Kian Ming.
Ia secara tidak langsung memberi isyarat buruk mengani hala tuju dasar luar negara, tambah ahli Parlimen Bangi.
“Ini langkah tidak strategik yang mempamerkan kurangnya kesinambungan dan pemikiran bebas dalam hala tuju dasar negara menuju masa depan.
“Malaysia seharusnya mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian tegas negara kepada prinsip demokrasi yang telah diuji sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain Malaysia, Indonesia dan Filipina juga diundang ke sidang kemuncak demokrasi yang dianjurkan AS. Putrajaya bagaimanapun memutuskan untuk tidak turut serta sidang yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat lalu.
Menjelas lanjut, Ong berkata sidang tersebut adalah peluang bagi Ismail Sabri mempamerkan kematangan pentadbirannya yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan.
Perdana menteri sebaliknya lebih mengutamakan sambutan 100 hari Keluarga Malaysia yang mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), katanya. – 13 Disember, 2021.
Komen