Lebih 200,000 penduduk Ontario terputus bekalan elektrik 


LEBIH 200,000 penduduk di Ontario, Kanada terputus bekalan elektrik akibat angin kencang, lapor Sputnik, memetik syarikat janakuasa Hydro One.

“Lebih 200,000 pelanggan terputus bekalan elektrik ketika #ONstorm melanda.

“Kami jangka pelanggan di kawasan selatan, tengah & timur ON paling teruk terjejas. Sebaik sahaja keadaan selamat, lebih ramai kru akan akan dihantar ke lokasi tejejas untuk membantu.

“Kesabaran semua sangat kami hargai,” ciap Hydro One di Twitter.

Kerajaan Kanada telah mengeluarkan amaran cuaca buruk di kawasan selatan wilayah itu ekoran angin kencang mencecah sehingga 90 atau 100 kilometer sejam. – Bernama, 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen