PM Britain dituduh langgar peraturan sekatan Covid-19


Populariti Perdana Menteri Britain Boris Johnson juga turun mendadak kerana didakwa mengamalkan double standard dalam pentadbirannya.– Gambar EPA, 12 Disember, 2021.

BORIS Johnson dipersoal kerana didakwa langgar peraturan sekatan koronavirus selepas gambar beliau pada acara Krismas tahun lalu tersebar. 

Perdana menteri Britain itu berdepan pelbagai kritikan dan gesaan untuk letak jawatan selepas didakwa menyertai parti Downing Street yang menyalahi undang-undang pada 18 Disember 2020.

Beliau berulang kali mengatakan bahawa beliau diyakinkan bahawa perhimpunan itu mematuhi sekatan penjarakan sosial yang dilaksanakan pada masa itu dan telah mengarahkan siasatan dalaman.

Tetapi Sunday Mirror menerbitkan gambar Johnson yang dikatakan telah diambil tiga hari sebelum parti itu yang mana timbul persoalan berhubung kakitangannya yang mengambil bahagian dalam kutipan amal.

Jamuan makan tengah hari Krismas dan pesta yang merupakan aktiviti sosial telah diharamkan pada masa itu, ketika Britain—salah satu negara yang paling teruk dilanda Covid-19—bergelut dengan lonjakan dalam kes Covid-19 varian Delta.

Pergaulan lebih dua individu dari dua rumah berbeza dalam satu rumah adalah dilarang yang mana ia menjejaskan sambutan Krismas jutaan penduduk yang dikenakan sekatan selama beberapa bulan. 

Menurut laporan Sunday Mirror, Johnson mengambil bahagian sehingga 15 minit dalam acara itu. 

Populariti Johnson jatuh kepada -35 peratus, turun daripada rekod rendah -21 peratus dalam tempoh yang sama, kata akhbar itu.

Dakwaan berlaku double-standard telah meletakkan kedudukan Johnson terancam pada masa yang genting. – AFP, 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen