DUA orang terbunuh dan tujuh lagi hilang selepas letupan menyebabkan bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di pulau Sicily Itali, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Dua wanita ditemui hidup-hidup daripada runtuhan bangunan di bandar Ravanusa pada malam Sabtu, kata perkhidmatan perlindungan awam tempatan menerusi Twitter.
Pasukan penyelamat dan anjing pengesan masih menjalanklan operasi mencari dan menyelamat di runtuhan berkenaan bagi mencari mangsa yang hilang, tambahnya.
Letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas, kata pihak berkuasa, yang telah membuka siasatan.
“Gas itu mungkin terkumpul di celahan ruang bangunan,” kata ketua bomba di wilayah Agrigento, Giuseppe Merendino, kepada saluran TV Rainews24.
“Poket gas ini kemudiannya meletup selepas tercetus secara tidak sengaja berkemungkinan oleh kereta, lif, perkakas elektrik.” – AFP, 12 Disember, 2021.
Komen