LEBIH 80 orang terkorban dalam kejadian puting beliung yang melanda lima negeri di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, yang disifatkan Presiden Joe Biden sebagai antara bencana alam paling dahsyat dalam sejarah negara itu.
“Ini satu tragedi. Masih belum pasti lagi jumlah sebenar angka korban dan kerosakan,” katanya pada sidang media secara langsung di televisyen.
Di Kentucky sahaja, lebih 70 orang dikhuatiri maut, kebanyakannya pekerja di sebuah kilang lilin.
Gabenor Kentucky Andy Beshear menjangkakan angka kematian mungkin meningkat sehingga 100 orang.
“Saya tidak pernah melihat kejadian dahsyat seperti ini. Puting beliung ini yang terburuk dalam sejarah Kentucky,” katanya kepada pemberita, menambah Mayfield bandar yang paling teruk terjejas.
Beshear berkata kira-kira 110 orang berada dalam sebuah kilang lilin di bandar itu ketika taufan melanda.
Puting beliung paling dahsyat pernah melanda Missouri pada 1925, sehingga meragut 695 nyawa. – AFP, 12 Disember, 2021.
Komen