Perancis ‘tak patut ajar’ tentang Syria, kata Turki


Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata berkata sebarang khabar yang Ankara ada rancangan besar di Syria, selain menolak YPG ke luar dari sempadan “sama sekali tidak benar.” – Gambar EPA, 1 Februari, 2018.

TURKI hari ini mengarahkan Perancis berhenti dari “mengajar” dalam kempennya di Syria di mana Ankara sedang menekan hebat militan Kurdish.

Amaran itu datang dari Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu, sehari selepas Presiden Perancis Emmanuel Macron memberitahu Ankara “masalah besar” akan berlaku kalau campur tangan Turki bertukar menjadi “pencerobohan.”

“Perancis tak patut ajar kami mengenai isu ini,” kata Cavusoglu kepada pemberita yang disiarkan secara langsung.

“Kami bukan (macam) Perancis, yang menjajah Afrika,” tambahnya, merujuk kepada sejarah kolonial Perancis.

Pada 20 Januari lalu, Turki melancarkan serangan terhadap militan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG), dengan tambahan yang Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengancam untuk meluaskan lagi operasinya, sekali gus menegangkan hubungan Ankara dengan sekutu NATO-nya.

Turki mendakwa YPG adalah organisasi pengganas yang bersekutu dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah diharamkan.

Namun, Amerika Syarikat menyebelahi YPG sebagai kunci dan rakan untuk menentang pengganas Daesh.

“Malangnya, Eropah bersifat talam dua muka,” kata Cavusoglu.

Beliau mendakwa pemimpin Eropah menyokong kempen Turki di Syria waktu mereka bermesyuarat di Ankara.

Bagaimanapun, pandangan mereka berubah apabila membuat kenyataan awam.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Macron, semalam, Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata sebarang khabar yang Ankara ada rancangan besar di Syria, selain menolak YPG ke luar dari sempadan “sama sekali tidak benar.”

“Satu dunia tahu, atau patut tahu yang Turki tidak terlibat dalam pencerobihan,” katanya yang membandingkan operasi Ankara “Olive Branch” dengan serangan tujuh bulan terhadap militan Kurdish dan pengganas Daesh pada 2016/2017. – AFP, 1 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen