PULUHAN ribu rakyat Austria berhimpun di Vienna semalam bagi membantah peraturan mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 dan perintah berkurung kepada individu yang belum divaksin.
Kira-kira 44,000 orang menyertai bantahan tersebut, kata polis.
Austria menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama berhasrat untuk mewajibkan vaksinasi Covid-19 untuk membendung penularan wabak.
Perintah berkurung separa di seluruh negara itu sejak bulan lepas berakhir hari ini, tetapi hanya bagi individu yang sudah divaksin. Peraturan itu kekal kepada mereka yang masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Semua penduduk Austria berusia 14 tahun ke atas diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19 berkuat kuasa Februari tahun depan, kecuali atas faktor kesihatan.
Individu yang menolak vaksin akan dikenakan denda 600 euro (AS$670) sehingga 3,600 euro (AS$4,000). – AFP, 12 Disember, 2021.
Komen