EMPAT parti di Bulgaria pada Jumaat sepakat untuk membentuk kerajaan campuran.
Parti Sosialis Bulgaria (BSP), Parti There is Such a People (ITN), parti Demokrat Bulgaria dan parti We Continue the Change (PP) memeterai perjanjian gabungan selepas mengadakan rundingan selama berminggu-minggu, lapor Agensi Anadolu.
Presiden Roumen Radev dijadual menyerahkan mandat kepada Perdana Menteri yang dilantik, Kiril Petkov dari parti PP pada Sabtu.
Bekas Perdana Menteri Boyko Borisov meletak jawatan pada April selepas hilang majoriti di parlimen ekoran protes antirasuah terhadap beliau dan parti GERB.
Tiada parti berjaya mendapat majoriti dalam pilihan raya pada April dan Julai.
Pada pilihan raya yang diadakan pada 14 Nov parti PP diumum sebagai pemenang. – Bernama, 11 Disember, 2021.
Komen