Ghana wajibkan bukti vaksinasi untuk pelancong


Pihak berkuasa kesihatan awam di Ghana memperkenalkan garis panduan perjalanan baharu yang memerlukan pelawat menunjukkan bukti vaksinasi terhadap Covid-19 mulai minggu depan. – Gambar AFP, 10 Disember, 2021.

PIHAK berkuasa kesihatan awam di Ghana memperkenalkan garis panduan perjalanan baharu yang memerlukan pelawat menunjukkan bukti vaksinasi terhadap Covid-19 mulai minggu depan ketika kerajaan cuba mengelak gelombang keempat jangkitan.

Di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai tengah malam Ahad, pelancong “akan dikehendaki memberikan bukti vaksinasi penuh, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Ghana Patrick Kuma-Aboagye.

“Semua warga Ghana yang pergi ke luar negara perlu diberi vaksin sepenuhnya,” tambahnya dalam satu kenyataan semalam.

Negara Afrika Barat memberikan lebih 5.7 juta dos dan kes virus adalah rendah.

Rakyat Ghana yang tidak divaksin dan penduduk yang berada di luar negara yang berhasrat untuk pulang dalam tempoh 14 hari dari tarikh akhir masih dibenarkan masuk.

“Bagaimanapun mereka akan divaksin sebaik tiba di lapangan terbang,” kata Kuma-Aboagye.

Keperluan perjalanan lain seperti ujian PCR negatif sebelum perjalanan dan ujian antigen semasa ketibaan

Negara ini merekodkan lebih 131,000 kes dan 1,200 kematian sejak wabak bermula.

Ghana bersama negara jiran Nigeria berkata minggu lalu mereka mengesan kes varian baharu Covid-19 Omicron.

Beberapa negara di Eropah dan Asia mewajibkan pasport vaksin untuk perjalanan atau ruang untuk mengakses ruang awam tertentu.

Britain minggu ini mengumumkan mewajibkan bukti vaksinasi untuk memasuki kelab malam dan tempat hiburan besar lain. – Bernama, 10 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen