Slovakia longgarkan sekatan Covid-19 walau kes melonjak 


Slovakia mencatatkan 1,099 kes Covid-19 bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh tujuh hari lalu.– Gambar EPA, 10 Disember, 2021.

KERAJAAN Slovakia membenarkan kedai, pusat peranginan ski dan gereja dibuka semula pada hari Jumaat kepada mereka yang telah diberi vaksin atau telah pulih daripada Covid-19, walaupun merekodkan kadar jangkitan tertinggi di dunia. 

Anggota EU mempunyai seramai 5.4 juta orang penduduk itu yang melakukan sekatan separuh lewat bulan lalu, mencatatkan 1,099 kes bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh tujuh hari lalu, menurut angka AFP.

Keputusan untuk melonggarkan sekatan dibuat selepas kritikan orang ramai terhadap dasar kerajaan yang tidak membenarkan membeli-belah untuk Krismas atau membuat rancangan untuk cuti.

“Keadaan Covid masih sangat serius tetapi kami dapat mengawalnya,” kata Menteri Kesihatan Vladimir Lengvarsky selepas mengumumkan keputusan itu.

“Membuka kedai adalah langkah yang agak berisiko dari sudut pandangan epidemiologi, tetapi ia adalah untuk menenangkan orang ramai.”

Jurucakap kerajaan Lubica Janikova berkata keputusan itu belum ditetapkan dan akan dinilai semula dalam beberapa hari akan datang.

“Kerajaan akan membincangkan situasi di hospital minggu depan dan kemungkinan langkah berkenaan akan berubah selepas itu,” katanya.

Menteri Ekonomi Richard Sulik mengumumkan keputusan itu pada Rabu, dengan mengatakan “kami membuka semua kedai untuk mereka yang divaksinasi dan mereka yang telah pulih daripada koronavirus”.

Keputusan itu datang dengan had dan juga melibatkan pendandan rambut, pusat kecergasan, pusat peranginan ski dan gereja.

Sulik berkata kerajaan memutuskan untuk menutup restoran kepada semua, walaupun mereka masih boleh menawarkan makanan bungkus.

Hotel akan dibenarkan dibuka semula kepada mereka yang divaksin mulai 25 Disember, walaupun hanya ahli keluarga yang sama boleh berkongsi bilik. – AFP, 10 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen