49 maut lori treler terbalik di selatan Mexico


Sekurang-kurangnya 49 migran haram terbunuh apabila sebuah trak treler terbalik di selatan Mexico, kata pihak berkuasa. – Gambar fail EPA, 10 Disember, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 49 migran haram terbunuh apabila sebuah trak treler terbalik di selatan Mexico, kata pihak berkuasa.

Treler yang mengangkut mereka, kebanyakannya dari Amerika Tengah, terbalik di lebuh raya berhampiran Tuxtla Gutierrez, ibu kota negeri selatan Chiapas, lapor  Xinhua memetik agensi perlindungan awam negeri itu.

58 lagi cedera, dengan tiga dalam keadaan serius, kata Ketua Agensi Luis Manuel Garcia.

Menurut Garcia, kegagalan mekanikal menyebabkan trak itu melanggar tembok penghadang pada selekoh sebelum merempuh jambatan pejalan kaki, menyebabkan kontena kargo itu terpisah dan terbalik. – Bernama, 10 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen