Nicaragua putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan


Nicaragua mengumumkan negara itu memutuskan hubungan diplomatik dan mengiktiraf hanya terdapat satu negara China di dunia. – Gambar EPA, 10 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Luar Nicaragua mengumumkan negara itu memutuskan “hubungan diplomatik” dengan Taiwan, lapor Xinhua.

“Kerajaan Republik Nicaragua mengisytiharkan ia mengiktiraf hanya terdapat satu negara China di dunia,” kata Kementerian Luar dalam satu pengumuman yang disiarkan di Managua.

“Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah yang mewakili seluruh China dan Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah China,” menurut pengumuman itu.

“Kerajaan Republik Nicaragua hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan atau hubungan rasmi,” kata pengumuman itu. – Bernama, 10 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen