Rusia berjaya lancar 11 satelit ke angkasa tanpa masalah


Gambar pada November tahun lalu ketika Rusia melancarkan satelit kaji cuaca ke angkasa lepas. Hari ini Rusia berjaya melancarkan 11 satelit ke angkasa lepas dalam siri ketiga program itu menggunakan tapak pelancar baharu. – Gambar AFP, 1 Februari, 2018.

RUSIA hari ini berjaya melancarkan 11 satelit ke angkasa lepas dalam siri ketiga program itu menggunakan tapak pelancar baharu, lapor agensi angkasa lepas negara itu.

Satelit itu dilancarkan pada 2018 selepas pelancaran pada November lalu dianggap memalukan Rusia kerana terputus hubungan dengan satelit.

Dilancarkan mengikut jadual awal pagi hari ini, roket Soyuz membawa satelit pemantau Russian Earth sebagai muatan utama beserta sembilan satelit kecil milik Jerman dan Amerika Syarikat.

Agensi angkasa lepas Roscosmos berkata, dalam misi itu, bahagian atas roket Fregat berjaya membuat beberapa pergerakan rumit seperti membentuk orbit sendiri untuk penghantaran maklumat.

“Sehubungan dengan program itu, bahagian atas Fregat diletak dan dicantumkan ke muatan utama dan muatan kedua kapal itu di orbit,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, kedua Soyuz dan bahagian atas “beraksi tanpa masalah.”

Timbalan perdana menteri Dmitry Rogozin berkata, hubungan dengan satelit pemantau bumi Kanopus-V milik Rusia juga telah berjaya.

“Terima kasih semua,” tulisnya melalui Twitter.

Pada November, pelancaran kedua dari Vostochny berakhir dengan kegagalan apabila pegawai Rusia terputus hubungan dengan satelit kaji cuaca, beberapa jam selepas dilancarkan. – AFP, 1 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen