PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro mendahului senarai Tokoh Majalah Time’s 2021 selepas mendapat undian tertinggi, mengatasi bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, petugas barisan hadapan, ahli politik pembangkang Rusia, Alexey Navalny dan pembuat vaksin.
Bolsonaro menerima 24% daripada sembilan juta undi pembaca bagi kategori tokoh atau kumpulan paling berpengaruh, lapor Sputnik.
Minggu lalu, Mahkamah Agung Brazil, mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kenyataan Bolsonaro mengenai kaitan antara vaksin melawan Covid-9 dan risiko penularan AIDS.
Presiden itu juga turut disiasat berkaitan pengurusan Covid-19 serta salah laku perolehan vaksin.
Donald Trump pula ditempat kedua dengan sembilan peratus undi. Pembaca turut memberikan 6.3% undi untuk petugas barisan depan menentang Covid-19.
Majalah itu menyatakan, pejabat pengarang Time’s akan mengumumkan tokoh tahunan berdasarkan undian pada 13 Disember depan. – Bernama, 8 Disember, 2021.
Komen