SEBUAH helikopter Tentera Udara India (IAF) yang membawa ketua turus pertahanan negara itu Jeneral Bipin Rawat terhempas di negeri Tamil Nadu di selatan negara itu hari ini.
Helikopter itu membawa 14 penumpang dan butiran rasmi kematian serta kecederaan belum diperoleh.
Helikopter itu dalam perjalanan dari pangkalan tentera udara Sulur ke Kolej Perkhidmatan Pertahanan di Wellington di daerah Nilgiris ketika ia terhempas, lapor media tempatan.
“Helikopter IAF Mi-17V5, yang membawa CDS Jeneral Bipin Rawat mengalami kemalangan hari ini berhampiran Coonoor, Tamil Nadu. Siasatan sudah diarahkan untuk memastikan punca kemalangan itu,” kata Tentera Udara India dalam tweet.
Video lokasi nahas yang disiarkan di media sosial menunjukkan serpihan helikopter itu yang terbakar. – Bernama, 8 Disember, 2021.
Komen