20 hilang bot nelayan terbalik di Bangladesh


Siklon Jawad yang membadai Bangladesh menyebabkan 20 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot nelayan terbalik di Teluk Benggala. – Gambar EPA, 7 Disember, 2021.

SERAMAI 20 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot nelayan terbalik di Bangladesh ketika siklon Jawad membadai negara ini.

“Bot yang membawa 21 nelayan itu terbalik di Teluk Benggala dan seorang mangsa dapat diselamatkan,” kata presiden Persatuan Pemilik Bot Nelayan di daerah Barguna, Golam Mostafa Chowdhury, pada Selasa lapor Xinhua.

Beliau berkata Hafizur Rahman diselamatkan kru kapal lain yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian, kira-kira 11 malam waktu tempatan pada Isnin.

Ketua polis daerah Barguna, Jahangir Mallick, memberitahu Xinhua kapal nelayan itu terbalik dekat sebuah pulau terpencil. – Bernama, 7 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen