4,965 kes baharu Covid-19 hari ini, lapor KKM


Ragananthini Vethasalam

KES harian Covid-19 berada sekitar angka 4,000 buat hari keempat apabila sebanyak 4,965 jangkitan baharu dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangkitan baharu ini menjadikan beban kes dipikul negara kini sebanyak 2,667,999.

Jumlah kes hari ini lebih tinggi berbanding 4,262 jangkitan yang dilaporkan semalam.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Kemasukan ke hospital untuk Covid-19 kekal bawah 1,000 semalam dengan 950 pesakit Covid-19 dimasukkan ke wad.

Kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara adalah pada 65.7 peratus, di mana 35.3 peratus merupakan pesakit Covid-19. – 7 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen