Kes Covid-19 melonjak, Paris tutup kelab malam


Perancis arah semua kelab malam ditutup empat minggu susulan lonjakan kes baharu Covid-19 pada masa ini. – Gambar AFP, 7 Disember, 2021.

KELAB malam di Perancis diarahkan ditutup selama empat minggu bermula hujung minggu ini bagi membendung peningkatan kes baharu Covid-19 ketika hospital mulai rasa terbeban, kata perdana menteri.

Murid dan pelajar akan berdepan peraturan penjarakan sosial lebih ketat dan penggunaan pelitup muka, susulan kadar jangkitan dalam kalangan muda meningkat, kata Jean Castex yang baru tamat kuarantin minggu lepas susulan positif virus itu.

“Kita semua ada kencenderungan untuk tidak berjaya-jaga,” katanya.

Tetapi kerajaan menghentikan penguatkuasaan langkah lebih ketat beberapa minggu lalu bagi populasi secara umum atau kumpulan tidak vaksin, seperti beberapa negara lain.

Castex berkata majikan perlu menggalakkan pekerja bekerja dari rumah dan menggesa orang ramai mengurangkan aktiviti sosial seperti parti pejabat terutama ketika musim cuti akhir tahun semakin hampir.

Pada masa ini pas kesihatan diwajibkan untuk makan di premis di luar pasar Krismas, katanya.

“Keadaan semasa memaksa orang ramai bekerjasama,” kata Castex dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen.

“Tetapi kini bukan lagi masanya untuk perintah berkurung,” katanya, memetik kadar vaksinasi di Perancis hampir 90%.

Vaksinasi akan diperluaskan untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun, dan individu berusia 65 tahun ke atas tidak perlu temu janji untuk suntikan penggalak.

Beberapa pusat vaksinasi baharu akan dibuka di Paris tidak lama lagi. Kira-kira 10 juta penduduk sudah menerima suntikan penggalak.

Pemilik kedai malam berang dengan arahan penutupan terbaru itu, memandakan perniagaan mereka ditutup sepanjang musim sejuk dan musim bunga lalu sebelum dibuka semula Julai. – AFP, 7 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen