Rusia lapor 2 kes pertama varian Omicron


Orang ramai menunggu giliran bagi ujian Covid-19 secara percuma di stesen kereta api di Moscow. Dua kes pertama varian Omicron telah dikesan di Rusia. – Gambar AFP, 7 Disember, 2021.

RUSIA pada Isnin melaporkan dua kes pertama varian Omicron membabitkan dua individu yang tiba dari Afrika Selatan minggu lepas, lapor Agensi Anadolu. 

Sepuluh lagi individu yang diuji positif Covid-19 masih menunggu keputusan lanjut hasil saringan mereka, memetik kenyataan Rospotrebnadzor.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 26 November mengisytiharkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan. – Bernama, 7 Disember, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen