Suspek utama serangan Paris akan dibicarakan di Belgium 


Suspek serangan Paris, Salah Abdeslam kini dipenjarakan di Perancis akan berdepan satu lagi perbicaraan di Belgian berhubung serangan penngganas.– Gambar EPA, 1 Februari, 2018.

SUSPEK utama serangan di Paris pada 2015, Salah Abdeslam, dibicarakan di Belgium di bawah kawalan keselamatan ketat minggu hadapan berhubung serangan tembakan di Brussel yang membawa kepada penangkapannya.

Ia merupakan kemunculan kali pertama suspek berusia 28 tahun itu di khalayak selepas diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung serangan yang mengorbankan 130 nyawa di ibu negara Perancis itu. 

Abdeslam yang kini dipenjarakan di Perancis, masih berdiam diri ketika disoal siasat sejak ditahan namun bertegas untuk hadir pada perbicaraan berhubung tembak menembak pada 15 Mac, 2016 di Belgian

Warga Perancis kelahiran Brussels dan seorang lagi lelaki yang ditahan dengannya, Sofian Ayari, 24 berdepan dakwaan “cubaan membunuh beberapa pegawai polis dalam konteks keganasan” dan “membawa senjata larangan dalam konteks keganasan”.

Abdeslam merupakan satu-satunya suspek bagi kes serangan di Paris dan dikatkan dengan rangkaian pengganas yang melancarkan serangan bom di Brussel pada 22 Mac, sehari selepas penahanannya. 

Kumpulan IS mendakwa bertanggungjawab dalam kedua-dua serangan yang menyebabkan 162 orang maut dan ratusan lagi cedera. 

Pendakwaraya Persekutuan Belgian Frederic Van Leeuw berkata, beliau menjangkakan perbicaraan itu “memberikan klu” kepada rangkaian di sebalik dua serangan berkenaan. 

“Ini adalah penting buat mangsa,” tambahnya. – AFP, 1 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen