Rakyat Jepun sokong kerajaan henti keluarkan visa baharu warga asing


Hampir 89 peratus rakyat Jepun menyokong keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran baharu visa perniagaan dan pelajar kepada warga asing berikutan kemunculan varian Omicron, kata tinjauan. – Gambar EPA, 6 Disember, 2021.

TINJAUAN mendapati hampir 89 peratus rakyat Jepun menyokong keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran baharu visa perniagaan dan pelajar kepada warga asing berikutan kemunculan varian Omicron, lapor Sputnik.

Pada awal Disember, kerajaan mengumumkan menggantung sementara visa jangka panjang dan pendek kepada warga asing dalam usaha untuk meminimumkan penularan varian Omicron.

Hanya lapan peratus responden yang mengkritik keputusan kerajaan itu.

Sokongan keseluruhan untuk kerajaan juga didapati meningkat kepada 62 peratus berbanding 56 peratus bulan lepas.

Ini bukan kali pertama negara itu menangguhkan pengeluaran visa kepada warga asing semasa pandemik. 

Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pada 30 November, Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron. – Bernama, 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen