Usul tidak percaya PM Solomon dibentang hari ini


PM Solomon Manasseh Sogavare berdepan undi tidak percaya hari ini, dengan pasukan pengaman antarabangsa mengawal ketat ibu kota negara ini, kemungkinan berlaku rusuhan politik. – Gambar fail EPA, 6 Disember, 2021.

PERDANA Menteri Kepulauan Solomon Manasseh Sogavare berdepan undi tidak percaya hari ini, dengan pasukan pengaman antarabangsa melakukan kawalan di ibu kota negara ini, bersedia kemungkinan berlaku rusuhan politik  baharu.

Tentera dan polis bersenjata berkawal di sekitar Parlimen dan menutup jalan di Honiara, ketika pembangkang membawa usul untuk menggulingkan Sogavare, menuduhnya melakukan rasuah dan menggunakan dana China untuk kerajaannya.

“Dia perdana menteri yang sanggup menjejaskan kedaulatan kita untuk kepentingan peribadi politiknya,” kata ketua pembangkang Matthew Wale.

Polis menguatkuasakan larangan terhadap minuman keras di Honiara, bagi mengelak rusuhan seperti berlaku kurang dua minggu lalu apabila perusuh mengamuk tiga hari hari mendesak Sogavare berundur.

Ramai penduduk dilihat keluar dari ibu kota itu dengan menaiki feri semalam, susulan jangkaan bakal berlaku kekecohan yang berlanjutan selepas undi tidak percaya dibentangkan hari ini.

Kemungkinan berlaku keganasan lagi menyebabkan konsulat Amerika Syarikat di Honiara mengetatkan operasi, sementara pasukan pengaman dari Australia, New Zealand, Fiji dan Papua New Guinea berkawal di seluruh jalan raya sekitar ibu kota.

Krisis meletus minggu lalu apabila penunjuk perasaan proter terhadap dasar Sogavare bertukar menjadi ganas, ditambah dengan isu keganasan, pengangguran dan persaingan antara pulau di negara yang mempunyai populasi 800,000 itu.

Bank Negara Solomon menyatakan kerugian AS$67 juta akibat rusuhan itu yang memusnahkan 63 bangunan di ibu kota selain jumlah rompakan.

Katanya, ketegangan itu menjejaskan 1,000 pekerjaan dan mengganggu pertumbuhan ekonomi. – AFP, 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen