Calon presiden Eric Zemmour cedera dalam kempen


Rakaman menunjukkan seorang lelaki mencengkam tangan Eric Zemmour dengan ganas ketika beliau menuju ke pentas untuk berucap pada kempen pertamanya semalam di Paris. – Gambar AFP, 6 Disember, 2021.

CALON presiden Perancis Eric Zemmour cedera ringan selepas diserang pada perhimpunan kempennya yang julung diadakan, di mana pergaduhan turut tercetus ketika beliau berucap di hadapan ribuan penyokong, semalam.

Seorang pembantunya berkata pengarang dan pengulas televisyen berusia 63 tahun itu mengalami kecederaan di pergelangan tangan apabila seorang lelaki didakwa mencengkam Zemmour dengan ganas ketika beliau menuju ke pentas di pusat pameran gergasi di Paris.

Perhimpunan itu acara pertama kempen rasmi Zemmour sejak beliau mengumumkan bertanding menentang Presiden Emmanuel Macron pada pilihan raya April tahun depan.

“Pertaruhannya amat besar: jika saya menang, ia akan menjadi permulaan kepada memenangi semula negara tercantik di dunia,” kata Zemmour di depan penyokong yang menyambut retorik antiimigresen beliau dengan sorakan kuat pada acara di Villepinte.

Namun tidak lama selepas ucapannya bermula, pergaduhan tercetus dan kerusi dilemparkan ke arah aktivis yang berdiri dengan memakai kemeja-T tertera perkataan “Tidak Kepada Perkauman”.

Aline Kremer daripada kumpulan SOS Racisme yang menganjurkan tindakan aktivis terbabit, menjelaskan mereka sekadar mahu mengadakan bantahan tanpa keganasan.

“Namun, orang ramai menerkam lalu memukul mereka,” katanya. – AFP, 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen