Tunjuk perasaan di Brussels, polis guna meriam air


Polis Belgium terpaksa guna meriam air dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan bantahan langkah sekatan terhadap pandemik koronavirus. – Gambar EPA, 6 Disember, 2021.

POLIS Belgium menggunakan meriam air dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan bantahan langkah sekatan terhadap pandemik koronavirus.

Kira-kira 8,000 penunjuk perasaan berarak di Brussels menuju ke ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU), melaungkan “kebebasan” dan memasang bunga api.

Jumlah itu kecil berbanding 35,000 penunjuk perasaan anti perintah sekatan pergerakan dan anti vaksin yang berarak bulan lalu, dan kali ini polis lebih bersedia.

Penunjuk perasaan disekat dari masuk ke pusingan di luar ibu pejabat EU dengan pengadang kawat duri dan barisan pegawai polis rusuhan.

Dua dron dan helikopter turut berkawal di ruang udara, di mana penunjuk perasaan membalasnya dengan membakar bunga api dan membaling tin bir.

Polis terpaksa membalas dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Ketika kumpulan itu bersurai berpecah menjadi beberapa kumpulan kecil, berlaku lagi pertembungan da nada yang membayar pengadang.

Polis berkata dua pegawai dan empat penunjuk perasaan dimasukkan ke hospital, dengan 20 yang lain ditahan.

Beberapa negara Eropah berdepan dengan demonstrasi susulan kerajaan mengenakan sekatan lebih ketat berikutan kes Covid-19 melonjak. – AFP, 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen