940 dimasukkan ke hospital kerana Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Jumlah itu menurun berbanding 1,037 kemasukan yang direkodkan sehari sebelumnya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan bawah 1,000 kemasukan hospital untuk kes Covid-19 semalam iaitu 940 kes, menurut laman web CovidNow.

Ini adalah penurunan ketara daripada 1,037 kemasukan yang direkodkan sehari sebelumnya.

Kadar keseluruhan penggunaan katil hospital adalah pada 62.3% manakala bagi Covid-19 adalah pada 32.3%.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan yang menggunakan alat bantuan pernafasan.

Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi iaitu 318 manakala Selangor melaporkan 271 kemasukan baharu, Kuala Lumpur menyaksikan 28 manakala Putrajaya mencatatkan 19.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (151), Kedah (43), Kelantan (74), Melaka (18), Negeri Sembilan (42), Pahang (34), Perak (38), Perlis (11), Pulau Pinang ( 17), Sabah (97), Sarawak (35) dan Terengganu (62).

Labuan tidak melaporkan sebarang kemasukan ke hospital.

Dari segi kadar penggunaan hospital, Terengganu adalah yang tertinggi dengan 85.1% kapasiti katil di hospital telah digunakan.

Sementara itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan adalah 42.3% dan ICU 61.3%.

Terdapat 61,999 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 471 pesakit dirawat di ICU dengan 264 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

51,260 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 5,899 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 4,369 dimasukkan ke hospital.

Setakat tengah hari semalam, 4,298 kes jangkitan baharu dilaporkan.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,160 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes jangkitan baharu ialah Kelantan (434), Sabah (366), Johor (346), Kedah (324), Pahang (278), Pulau Pinang (261), Sarawak (292), Perak (254), Terengganu (228), Sabah (294), Sarawak (71), Terengganu (235), Kuala Lumpur (221), Melaka (259), Negeri Sembilan (107), Putrajaya (33), Perlis (17) dan Labuan (11). – 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen