KKM rekod 40 kes kematian baharu Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Kesemua 40 kes kematian yang direkodkan diklasifikasikan sebagai kes tertunggak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 40 kematian Covid-19 setakat tengah malam semalam.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 kepada 30,614.

Kesemua 40 kematian diklasifikasikan kes tertunggak, angka itu dikemas kini untuk kes kematian yang telah berlaku semalam.

Angka kematian harian ialah jumlah yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan Covid-19 selepas siasatan.

Menurut data Github kementerian, 10 mangsa meninggal dunia di luar hospital.

Johor melaporkan kematian tertinggi dengan lapan kes diikuti Perak dengan enam.

Negeri lain yang turut melaporkan kes kematian adalah Kelantan (2), Pahang (2), Kelantan (1), Pulau Pinang (1), Sabah (4), Sarawak (3), Kedah (5), Melaka (1), Negeri Sembilan ( 1), Selangor (4) dan Terengganu (4).

Perlis dan ketiga-tiga wilayah persekutuan - Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya - tidak melaporkan sebarang kematian akibat koronavirus.

Purata kes kematian bagi setiap sejta penduduk adalah 15 dengan Perlis merekodkan yang tertinggi dengan 48 kematian bagi setiap satu juta penduduk. – 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen