MAHKAMAH Jordan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada pengarah sebuah hospital negeri atas kematian 10 pesakit di pusat rawatan pesakit Covid-19.
Abdel Razak al-Khashman dan empat pembantunya disabitkan kesalahan “menyebabkan kematian” pesakit di hospital Salt selepas fasiliti kesihatan itu kehabisan oksigen.
Bagaimanapun, keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 10 hari, kata seorang wartawan AFP yang berada di mahkamah.
Kematian pada Mac itu mencetuskan kemarahan orang ramai di Jordan dan membawa kepada peletakan jawatan menteri kesihatan Nazir Obeidat.
Selepas tragedi itu, Raja Abdullah II melakukan tinjauan ke hospital berkenaan, namun kehadiran baginda disambut ratusan rakyat yang berkumpul di luar bagi melepaskan kemarahan mereka. – AFP, 5 Disember, 2021.
Komen