Moscow gesa Israel sertai dialog mengenai senjata pemusnah


Wakil Tetap Persekutuan Russia ke Pertubuhan Antarabangsa di Vienna, Mikhail Ulyanov berkata dialog mengenai Timur Tengah bukan proses mudah dan ambil masa yang lama. – Gambar EPA, 5 Disember, 2021.

RUSSIA menggesa Israel menyertai dialog mengenai Timur Tengah yang bebas senjata pemusnah besar-besaran dan menekankan Moscow, Washington serta London mempunyai tanggungjawab untuk menubuhkan zon itu.

Wakil Tetap Persekutuan Rusia ke Pertubuhan Antarabangsa di Vienna, Mikhail Ulyanov berkata dalam satu kenyataan, dialog itu sebagai langkah pertama dan proses itu bukan mudah serta mengambil masa yang agak lama, lapor Agensi Berita Petra.

“Sesi kali ini berjaya, perbezaan dapat diatasi dan peraturan kerja dipersetujui,” katanya.

Ulyanov berkata ketidakhadiran Israel sesuatu yang agak pelik sedangkan rejim itu adalah pemain utama di Timur Tengah dan penyertaannya dalam proses itu adalah penting. – Bernama, 5 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen