Masa untuk semangat muhibah, tarik rayuan kes Allah, kata ketua Upko kepada Putrajaya


Hailey Chung Wee Kye

Kes penggunaan perkataan Allah mencetuskan polemik agama dan bahasa di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2021.

PUTRAJAYA boleh mewujudkan rasa muhibah dengan pengundi Sarawak jika ia menarik balik rayuan dalam kes penggunaan kalimah Allah menjelang pilihan raya, kata Wilfred Madius Tangau.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh menunjukkan komitmentnya kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan dalam kes itu.

“Dengan menarik balik rayuan, Ismail Sabri boleh menjadikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berdiri bangga pada pilihan raya akan datang.

“Dan memandangkan kerajaannya memerlukan Sarawak dan Sabah, beliau boleh memujuk orang berkeras hati di Malaya untuk mencari cara sivil dan muhasabah untuk menangani kejutan budaya Melayu-Islam Malaya,” kata ahli Parlimen Tuaran itu dalam satu kenyataan.

Katanya Melayu Islam di Semenanjung yang merasa tercabar dengan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah adalah kejutan budaya kerana mereka tidak pernah tinggal di Sabah, Sarawak, Indonesia dan negara Arab.

“Penganut Krisitian yang menggunakan ‘Allah’ dan perkataan agama selazim lain yang berkongsi dengan orang Islam adalah majoritinya penduduk Borneo dan Orang Asli yang bercakap Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua atau pertama mereka.

“Di Sarawak, Bahasa Iban menggunakan ‘Allah Taala’ manakala Bahasa Bidayuh menggunakan ‘Tuhan Alla’ untuk Tuhan,” kata Tangau.  – 5 Disember, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen