Seorang maut, kereta api bawa anggota kongres AS rempuh trak


Kereta api yang dinaiki anggota kongres Amerika Syarikat terlibat dalam kemalangan apabila ia merempuh sebuah trak yang berada di atas landasan di Virginia Barat. – Gambar EPA, 1 Februari, 2018.

SEORANG terbunuh apabila sebuah kereta api merempuh trak sampah di Virginia Barat pada Rabu, kata White House.

Ia turut dinaiki beberapa orang pembuat dasar Amerika Syarikat (AS) yang dalam perjalanan untuk menghadiri permukiman.

Bagaimanapun, tiada anggota Kongres yang mengalami kecederaan parah.

“Terdapat satu kematian yang disahkan dan seorang mengalami kecederaan serius. Tiada kecederaan serius di kalangan anggota Kongres atau kakitangan mereka,” kata Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders dalam satu kenyataan, sambil menambah Presiden Donald Trump sudah diberikan taklimat mengenai kemalangan itu.

Beberapa anggota Senat Republikan berada di atas kereta api Amtrak yang membawa mereka ke tempat permukiman tahunan di sebuah resort di Virginia Barat, barat Washington, ketika ia melanggar sebuah trak yang berada di atas landasan. – AFP, 1 Februari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen