Lebih 2.7 juta remaja Malaysia lengkap vaksinasi


Seramai 2,829,902 individu atau 89.9 peratus remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2021.

SERAMAI 2,720,504 individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,829,902 individu atau 89.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,718,376  individu atau 97 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala  23,046,859  atau 98.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, 67,701 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3,902 suntikan dos lengkap, 3,209 dos pertama dan 60,590 suntikan dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) kini meningkat kepada 54,031,000 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini 2,905,809. – Bernama, 5 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen