Lebih 20 lemas, bas hanyut di Kenya


Lebih 20 penumpang lemas apabila bas dinaiki dihanyutkan air deras ketika ia cuba menyeberangi Sungai Enzu di Kenya. – Gambar fail AFP, 5 Disember, 2021.

LEBIH 20 penumpang lemas apabila bas dinaiki untuk ke satu majlis perkahwinan di Kenya dihanyutkan air deras ketika ia cuba menyeberangi sungai.

Saksi menjerit melihat bas sekolah yang disewa khas untuk membawa pasukan koir gereja dan penumpang lain ke majlis di Kitui County itu terbalik dan tenggelam sementara pemandunya cuba mengharungi air yang sedang naik dan deras.

Sebahagian penumpang berjaya melepaskan diri sebelum bas itu tenggelam dan diselamatkan orang ramai.

Gabenor Kitui Charity Ngilu memberitahu media berkenaan insiden itu semalam.

“Mayat yang dapat dibawa keluar pada masa ini 23. Ada banyak lagi mayat di dalam bas itu,” katanya, menambah operasi membawa keluar mayat akan bersambung hari ini.

Beliau berkata 12 penumpang dapat diselamatkan termasuk empat kanak-kanak.

Masih belum dapat dipastikan berapa ramai penumpang bas itu ketika ia cuba menyeberangi Sungai Enziu, kira-kira 200km di timur Nairobi. – AFP, 5 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen