IMF bimbang varian Omicron perlahankan pemulihan ekonomi global


Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva memberi amaran kemunculan varian Omicron boleh memperlahankan pemulihan ekonomi global. – Gambar EPA, 4 Disember, 2021.

VARIAN baharu Covid-19, Omicron, boleh memperlahankan pemulihan ekonomi global seperti kesan akibat varian Delta, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Varian baharu yang mungkin merebak begitu cepat boleh menjejaskan keyakinan.

“Maka kami berkemungkinan akan menurunkan unjuran pertumbuhan global,” kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada satu sidang media semalam.

Dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia terkininya, IMF mengunjurkan pertumbuhan global sebanyak 5.9% tahun ini dan 4.9% bagi 2022. 

“Malah sebelum wujudnya varian baharu ini, kami juga bimbang mengenai pemulihan ekonomi yang hilang momentumnya,” kata Georgieva, menambah pembuat dasar kini berdepan isu baharu seperti inflasi. – AFP, 4 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen