Mungkin ada kes Omicron lain di Malaysia, kata Khairy


Hailey Chung Wee Kye

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ada kemungkinan wujud kes Covid-19 varian Omicron yang lain selain satu dikesan di negara ini hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2021.

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada masa ini beliau tidak pasti adakah penularan dalam masyarakat varian Omicron tidak dapat dielakkan, seperti kes Covid-19 varian Delta.

“Kita perlu terima kemungkinan ada kes Omicron yang lain di Malaysia.

“Tetapi sama ada ia keadaan yang tidak dapat dielakkan, kita tidak tahu lagi. Kita turut melihat negara lain juga.

“Amerika Syarikat dan United Kingdom melaporkan peningkatan kes Omicron. Kita belum dapat melihat sama ada Omicron akan akhirnya mengatasi Delta atau tidak,” katanya selepas mengumumkan kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia, hari ini.

Khairy berkata penemuan kes pertama Covid-19 varian Omicron di Malaysia menunjukkan sistem menjalankan ujian genomik sampel yang dilakukan pada masa ini, berkesan.

“Kita temui kes ini dari 19 November, lebih awal daripada WHO umum ia varian membimbangkan (VOC) pada 24 November.

“Kita berjaya menahannya dan jika semua orang patuh pada peraturan, kita akan dapat membendungnya,” kata Khairy.

Beliau berharap sekurang-kurangnya 75% individu sudah divaksin akan mendapatkan suntikan dos penggalak masing-masing.

“Sudah tentu kita mahu sasaran 100% tetapi buat masa ini, kita sasarkan 75%,” katanya. – 3 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen