Pilihan raya bawah kuasa SPR, bukan kementerian, kata Bersih


Elill Easwaran

Bersih 2.0 berkata kaedah pelaksanaan pilihan raya berada di bawah bidang kuasa SPR. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2021.

KAEDAH pelaksanaan pilihan raya berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan mengikut arahan mana-mana kementerian, kata Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann.

Penglibatan kementerian atas alasan pandemik Covid-19 akan membawa kepada unsur berat sebelah, katanya.

“Dalam perlembagaan, hanya SPR yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya dengan kerjasama agensi-agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan (KKM).

“Apa yang kita saksikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ialah kelemahan SPR yang hanya mengikut arahan. 

“Kita berharap perkara ini tidak berulang pada pilihan raya di Sarawak dan pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya pada sidang media maya hari ini.

Menurut Fann, penglibatan kementerian dalam pilihan raya juga mencetus konflik kepentingan.

“Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sendiri pada hari membuang undi menyeru rakyat agar memilih Barisan Nasional. Ini menunjukkan konflik kepentingan kerana beliau yang bertanggungjawab menetapkan prosedur operasi standard pilihan raya,” katanya.

Pengasas bersama Undi 18 Qyira Yusri yang turut menyertai sidang media maya itu berkata SPR perlu bebas tanpa campur tangan pihak lain.

“Kementerian tidak patut terlibat kerana mereka tidak pernah menguruskan pilihan raya.” – 3 Disember, 2021.    

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen