-2.jpg)
PERBUATAN Rosmah Mansor yang gagal hadir pada prosiding mahkamah yang ditetapkan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati sistem undang-undang negara.
Lebih mengecewakan lagi adalah, mahkamah memberi peluang dan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap kegagalan beliau mematuhi arahan mahkamah.
Bayangkan jika perkara yang sama dilakukan oleh rakyat biasa, sudah pasti waran tangkap akan dikeluarkan dengan segera.
Adakah undang-undang negara istimewa bagi sesetengah individu yang mempunyai kuasa?
Jelas Rosmah Mansor tidak menghormati undang-undang dan tidak sepatutnya diberi sebarang kelebihan. Cukuplah peluang yang diberi disalah guna dan diambil kesempatan.
Sekembalinya pulang ke tanah air, dokumen perjalanan dan Passport Rosmah Mansor wajib ditarik semula dan disekat.
Jangan beri ruang untuk beliau ulangi kegagalan ini dan bertindak seolah-olah beliau kebal dari tindakan undang-undang.
Jangan kita pernah lupa, yang beliau dibicarakan dan didakwa atas kesalahan yang cukup berat, melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan pecah amanah yang kesannya besar kepada rakyat dan negara.
Mengapa perlu diberikan keistimewaan kepada individu seperti ini? – 2 Disember, 2021.
* Ulya Aqamah Husamudin, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair
Komen