Malaysia catat 5,439 kes baharu Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Sebanyak 5,439 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan sebanyak 2,638,221. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2021.

MALAYSIA merekodkan 5,439 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan sebanyak 2,638,221.

Hanya 21 daripada kes hari ini adalah kes import manakala 5,418 adalah kes tempatan.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Majoriti kes hari ini atau 5,334 adalah dalam Kategori 1 (asimtomatik) dan Kategori 2 (simptomatik ringan), manakala 105 adalah dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Terdapat juga 500 kes aktif di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah ini, 258 daripada memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu seramai 6,803 pesakit pulih daripada Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih seramai 2,544,007 orang. – 1 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen