BEKAS jurulatih bola sepak Italy, Azeglio Vicini yang pernah membawa pasukan itu mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 1990 di negara sendiri telah meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Vicini menguruskan pasukan kebangsaan dari 1986 hingga 1991, membawa mereka ke separuh akhir pada 1988 dalam Kejohanan Eropah dan juga Piala Dunia 1990.
Beliau meninggal dunia di rumahnya di Brescia, lapor media Itali hari ini.
Beliau pernah bermain dengan kelab Vicenza, Sampdoria dan Brescia.
Vicini turut melatih skuad Bawah-23 tahun Itali dari 1975 dan B21 sebelum mengambil alih skuad senior pada 1986 daripada Enzo Bearzot, jurulatih yang pernah memenangkan Itali dalam Piala Dunia.
Bagaimanapun jasa beliau sentiasa dikenang kerana bersama Itali ketika negara itu menjadi tuan rumah dalam Piala Dunia 1990.
Pada kejohanan itu, Vicini berjaya membawa skuad itu mara ke separuh akhir sebelum kalah oleh tendangan penalti lagenda bola sepak Diego Maradona yang mewakili Argentina.
Jawatannya kemudian disandang oleh Arrigo Sacchi pada 1991, sebelum melatih pasukan Cesena dan Udinese.
Vicini bersara pada 1994. – AFP, 31 Januari, 2018.
Komen