Arab Saudi negara Teluk pertama lapor kes Omicron


Minggu lepas Arab Saudi menghentikan penerbangan dari tujuh negara Afrika, mencerminkan langkah serupa oleh kerajaan lain, namun hubungan perjalanan dengan Afrika Utara kekal tidak terjejas. – Gambar EPA, 1 Disember, 2021.

ARAB Saudi melaporkan kes pertama di Teluk yang disahkan varian Omicron melalui seorang warganegara yang pulang dari Afrika Utara, kata seorang pegawai kementerian kesihatan pada Rabu.

Ketegangan itu, yang pertama kali diumumkan oleh Afrika Selatan dan sejak itu didapati wujud lebih awal di Eropah, telah mendorong kerajaan di seluruh dunia mengenakan semula sekatan perjalanan, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membeir amaran langkah ini boleh mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

“Satu kes varian Omicron telah dikesan di kerajaan ini. Ia dieksan melalui seorang warganegara yang datang dari negara Afrika Utara,” kata pegawai kementerian itu kepada agensi berita SPA.

“Dia telah diasingkan, begitu juga dengan kenalannya, dan langkah kesihatan yang diperlukan telah diambil.”

Minggu lepas Arab Saudi menghentikan penerbangan dari tujuh negara Afrika, mencerminkan langkah serupa oleh kerajaan lain, namun hubungan perjalanan dengan Afrika Utara kekal tidak terjejas.

Kerajaan itu telah menarik balik beberapa sekatan yang masih dikenakan pada awal pandemik, membenarkan jemaah di tempat suci umat Islam meneruskan solat bahu-ke-bahu mulai Oktober.

Sejak pandemik bermula, Arab Saudi merekodkan 549,000 kes Covid-19, di mana 8,836 daripadanya membawa maut.

Lebih 47 juta dos vaksin Covid telah diberikan kerajaan itu, yang mempunyai populasi hampir 35 juta. – AFP, 1 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen