JEPUN menangguhkan semua tempahan penerbangan baharu ke negara itu mulai hari ini susulan varian baharu Covid-19 Omicron, mengabaikan amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap larangan perjalanan menyeluruh.
Brazil melaporkan kes pertama Omicron di Amerika Latin yang menyebabkan berpuluh-puluh negara mengenakan sekatan perjalanan – kebanyakannya menyasarkan negara-negara Afrika Selatan.
Kerajaan meneruskan langkah-langkah perjalanan kecemasan.
“Kami meminta syarikat penerbangan untuk berhenti menerima semua tempahan penerbangan masuk baharu selama sebulan mulai 1 Disember,” kata seorang pegawai kementerian pengangkutan Jepun kepada AFP sambil menambah tempahan sedia ada tidak akan terjejas.
Jepun mengesahkan kes Omicron pertamanya semalam dan mengetatkan sekatan sempadan.
Pihak berkuasa Jepun semalam mengumumkan mereka mengesan jangkitan kedua strain baharu melibatkan pengembara yang tiba dri Peru.
Negara Asia lain turut memperluaskan sekatan hari ini dengan Indonesia menambah Hong Kong dan Malaysia menyenaraikan Malawi dalam senarai larangan perjalanan mereka.
Hong Kong meletakkan Jepun, Portugal dan Sweden dalam sekatan perjalanan tertinggi selepas penemuan Omicron di sana. – AFP, 1 Disember, 2021.
Komen