AHLI arkeologi di Peru yang membuat penyelidikan di tapak di pinggir ibu kota Lima telah menemui mumia yang dipercayai berusia antara 800 dan 1,200 tahun.
Mayat itu dipercayai sebagai lelaki berusia 18-22 tahun pada masa kematiannya, dengan tangan menutup mukanya dan diikat dengan tali.
Mumia itu ditemui di dalam ruang pengebumian yang panjangnya kira-kira tiga meter dan pada kedalaman kira-kira 1.4 meter di tapak penggalian di Cajamarquilla, kira-kira 24 kilometer timur Lima.
Ahli arkeologi Pieter Van Dalen, yang bertanggungjawab ke atas projek Cajamarquilla, menggelar penemuan itu sebagai “pelik dan unik.”
“Mumia itu mungkin dikebumikan antara 800 dan 1200 Masihi,” katanya, bermaksud ia berumur sekurang-kurangnya 800 tahun.
Di satu sisi mumia, pakar menemui rangka babi guinea Andes dan apa yang kelihatan seperti anjing, menurut penyelidik di Universiti San Marcos.
Kesan jagung dan sayur-sayuran lain ditemui di ruang pengebumian.
Cajamarquilla adalah pusat bandar yang mungkin menjadi rumah kepada 10,000 hingga 20,000 orang, kata Van Dalen.
Bandar tersebut dibina pada sekitar 200 Sebelum Masihi dan diduduki sehingga kira-kira 1500. – AFP, 1 Disember, 2021.
Komen