Polis Zambia buru dua gadis disyaki homoseksual


Undang-undang konservatif Zambia menghalang hak minoriti gay disuarakan. Presiden Edgar Lungu yang dilantik semula pada 2016 sejak sekian lama menentang hak gay walaupun mendapat tekanan dari negara luar yang banyak menderma ke Zambia. Gambar hiasan protes oleh pergerakan pro-homoseksual di Rusia pada 2017. – Gambar AFP, 31 Januari, 2018.

POLIS Zambia sedang mencari dua gadis remaja yang dituduh melanggar undang-undang konservatif negara itu apabila gambar ghairah kedua mereka dimuat naik di media sosial, kata polis hari ini.

Gambar yang disebarkan oleh media tempatan menunjukkan dua gadis itu di sebuah bar atau kelab malam sambil salah seorang daripada mereka meletakkan kepala di bahagian dada pasangannya.

Presiden Edgar Lungu yang dilantik semula pada 2016 sejak sekian lama menentang hak gay walaupun mendapat tekanan dari negara luar yang banyak menderma ke Zambia.

“Kami sedang menyiasat gambar-gambar dua gadis itu yang sudah tular di media sosial,” kata jurucakap polis Esther Katongo.

Tambahnya lagi, nit jenayah siber polis telah diarah untuk mengenal pasti, mencari dan menahan dua suspek itu.

Pada 2013, Lungu mendedahkan pendiriannya dalam isu sosial selepas penangkapan dua lelaki gay Zambia.

“Sesiapa yang menyokong hak gay patut masuk neraka,” katanya pada masa itu. “Isu ini sangat asing buat negara ini.” – AFP, 31 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen