Brazil lapor kes pertama varian Omicron


Dua kes membabitkan varian Omicron dikesan di Brazil semalam melibatkan pengembara dari Afrik Selatan. – Gambar EPA, 1 Disember, 2021.

PENGAWAL selia kesihatan Brazil semalam melaporkan penemuan dua kes “awal” varian koronavirus Omicron melibatkan pengembara dari Afrika Selatan.

Sampel positif daripada dua warga Brazil itu kini akan dihantar untuk analisis makmal lanjut untuk pengesahan, kata pengawal selia Anvisa dalam satu kenyataan.

Jika disahkan, ia akan menjadi kes Omicron pertama di Amerika Latin.

Penumpang itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa di Guarulhos di Sao Paulo pada 23 November dengan ujian koronavirus negatif.

Dua hari kemudian, pasangan itu kembali ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan pulang ke Afrika Selatan. Kedua-duanya didapati positif.

Varian baharu Covid-19 yang menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menimbulkan risiko “sangat tinggi” mendorong banyak negara menutup sempadan mereka. – AFP, 1 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen