Sanggup hidup dengan mayat suami, anak supaya ‘dapat hidup kembali’


Mayat itu dikenal pasti sebagai suami Hatidjah yang meninggal pada Disember ketika berusia 85 dan anak perempuannya, 50, yang meninggal dunia sejak dua tahun lepas. – Gambar Facebook Cimahi, 31 Januari, 2018.

SEBUAH keluarga di Indonesia sanggup hidup bersama dua mayat ahli keluarga dengan harapan mayat itu akan hidup semula, kata polis hari ini.

Penemuan menakjubkan itu muncul selepas seorang pegawai perubatan yang membuat rutin lawatan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah Neneng Hatidjah, 77.

Pegawai itu terpanggil untuk masuk kerana terbau sesuatu yang pelik.

Bila pihak berkuasa berkeras untuk masuk ke rumah Hatidjah di Cimahi, Jawa Barat, mereka dikejutkan dengan rangka manusia suami dan anak perempuannya yang dibaringkan di atas katil.

Hatidjah telah menyembur serbuk kopi sekitar mayat itu dan polis berkata mereka turut menemui berdozen minyak wangi di rumahnya.

Mayat itu dikenal pasti sebagai suami Hatidjah yang meninggal pada Disember ketika berusia 85 dan anak perempuannya, 50, yang meninggal dunia sejak dua tahun lepas.

Hatidjah, bersama dua anaknya yang masih hidup memberitahu pihak polis yang kedua tubuh mayat itu mati sakit, tetapi beliau tidak menanam mayatnya kerana berharap kedua tubuh kaku itu akan hidup kembali.

“Katanya, dia ada mendengar bisikan kalau dia jaga mayat itu, mereka akan hidup kembali,” kata jurucakap polis, Hari Suprapto kepada AFP hari ini.

Hatidjah bagaimanapun tidak didakwa namun polis berkata sedang menyiasat jika terdapat unsur jenayah.

Ilmu hitam, yang diharamkan, sudah menjadi kebiasaan di Indonesia, salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mana rakyatnya masih percaya dengan benda khurafat. – AFP, 31 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen