Gempa bumi di utara Afghanistan ragut satu nyawa


Gempa kuat melanda bahagian utara Afghanistan dan gegaran sekuat 6.1 magnitud itu dirasai sehingga ke Islamabad dan New Delhi. – Gambar fail EPA, 31 Januari, 2018.

AFGHANISTAN hari ini dilanda gempa kuat di bahagian utara, dan gegaran sekuat 6.1 magnitud itu dirasai sehingga ke Islamabad dan New Delhi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa yang melanda di 07:07GMT berhampiran sempadan utara Afghanistan dengan Tajikistan di pergunungan Hindu Kush pada kedalaman 191km. 

Seorang pegawai tempatan berkata sekurang-kurangnya seorang bayi terbunuh manakala sembilan ahli keluarganya dilaporkan cedera di barat daya wilayah Balochistan di Pakistan setelah bumbung rumah mereka runtuh dalam kejadian itu.

Pusat gempa itu terletak berdekatan Jarm di Afghanistan yang pernah dilanda dilanda gempa bumi dahsyat 7.5 magnitud pada Oktober 2015 sehingga meragut lebih dari 380 nyawa. – AFP, 31 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen