Abang Sallehuddin dilantik semula Ketua Pengarah DBP


DBP menerusi catatan di akaun rasmi Facebooknya mengumumkan perkara itu hari ini sambil merakamkan ucapan tahniah.  – Gambar Facebook DBP, 29 November, 2021.

ABANG Sallehuddin Abg Shokeran dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkuat kuasa hari ini. 

DBP menerusi catatan di akaun rasmi Facebooknya mengumumkan perkara itu hari ini sambil merakamkan ucapan tahniah.  

“Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. Selamat kembali menerajui institusi keramat perjuangan bahasa,” menurut catatan itu. 

Abang Sallehuddin pertama kali dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP pada 2019. – Bernama, 29 November, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen