Varian Omicron: Indonesia kenakan sekatan ke atas 8 negara Afrika


Visa lawatan dan visa perjalanan terhad untuk rakyat Indonesia akan dihentikan kecuali bagi perwakilan ke mesyuarat G20 di Bali, kata ketua perhubungan awam dan hal ehwal umum, Arya Pradhana Anggakara. – Gambar EPA, 28 November 2021.

INDONESIA mengenakan sekatan ke atas semua pengembara dari lapan negara Afrika, berkuat kuasa Isnin berikutan varian baharu Covid-19, B.1.1.529 atau dikenali Omicron.

Sekatan itu juga terpakai kepada pengembara yang pernah mengunjungi negara seperti Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, Eswatini dan Nigeria dalam tempoh 14 hari lalu, menurut Direktorat Jenderal Imigresen Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua perhubungan awam dan hal ehwal umum, Arya Pradhana Anggakara berkata susulan sekatan itu visa lawatan dan visa perjalanan terhad untuk rakyat negara itu akan dihentikan kecuali bagi perwakilan ke mesyuarat G20 di Bali.

Indonesia bakal menjadi tuan rumah dan Pengerusi G20 dari 1 Disember 2021 hingga 30 November 2022. – Bernama, 28 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen