PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump bersumpan lagi untuk menurunkan harga ubat preskripsi di negaranya, yang mana perkara ini telah menjadi perbualan hangat kerana kerajaan melengah-lengahkan janji sebelum ini.
Malah Trump turut memetik nama bekas eksekutif farmaseutikal, Alex Azar, untuk diangkat sebagai setiausaha perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan.
Dalam ucapannya, Trump berkata menurunkan harga ubat adalah salah satu keutamaannya. Tambahnya, dalam banyak negara, harga ubat lebih rendah berbanding di AS.
“Sebab itu saya telah mengarahkan pentadbiran saya untuk memperbetulkan ketidakadilan harga ubat yang tinggi ini sebagai keutamaan kami. Harga akan turun,” kata Trump.
Satunya cara untuk kerajaan berbuat demikian adalah dengan menggunakan kuasa membelinya dalam pasaran ubat-ubatan.
Namun, walaupun Trump telah berjanji, tetapi pentadbirannya dan Azar sendiri menunjukkan kurangnya minat dengan tindakan Trump itu.
Menurut laman berita Axios, Azar, bekas presiden pembuat ubat Ely Lilly pernah berkata yang beliau menentang penurunan harga ubat itu.
Dadah presckripsi selalunya murah di bahagian barat Eropah dan Kanada kerana pengawalan harga yang dikenakan kerajaan.
Bagaimanapun menurut Axios, pihak parti Republican dan Azar berkata yang mereka menentang pengawalan itu. – AFP, 31 Januari, 2018.
Komen