Bas penumpang rempuh rumah di Mexico, 21 maut 30 cedera


Sebuah bas penumpang merempuh rumah di bandar Joquicingo, Mexico menyebabkan 21 maut. – Gambar Facebook, 27 November, 2021.

SERAMAI 21 orang maut manakala 30 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang merempuh sebuah rumah di tengah Mexico, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar Razon de Mexico.

Nahas itu berlaku pada Jumaat di perbandaran Joquicingo.

Kerja-kerja menyelamat masih dijalankan. – Bernama, 27 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen