SERAMAI 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini.
Pada istiadat yang bermula 3.22 petang itu, Ab Rauf Yusof yang sebelum ini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh sebagai exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.
Komen